Monday, August 13, 2012

Peperangan Sui-Champa: Lambang Ilmu Perang Melayu


Oleh Helmi Effendy

Ramai yang terkejut dengan pendedahan yang saya keluarkan mengenai sejarah perang sebuah Dinasti empayar besar China, iaitu Dinasti Sui yang ditubuhkan pada tahun 589 Masihi selepas tamatnya era Dinasti Utara-Selatan, tewas dalam sebuah peperangan melawan Kerajaan Champa yakni merupakan milik orang Melayu. 

Walaupun Dinasti Sui merupakan antara dinasti paling pendek jangka masanya dalam sejarah China namun Empayar ini sangat-sangat kuat. Bayangkanlah Dinasti Sui mampu kembali menyatukan Negara China yang berpecah belah ketika era Dinasti Utara dan Selatan (420–589 Masihi). Maharaja pertamanya ialah  Maharaja Yang Jian memerintah pada tahun 21 Julai 541 sehingga 13 Ogos 604. Mangkatnya Maharaja Yang Jian diganti oleh anak kedua Maharaja Yan Jian iaitu Yang Guang. Ketika penabalannya, anak sulung kepada Maharaja Yang Jian tidak bersetuju dengan naiknya beliau sebagai Maharaja Dinasti Sui lalu melakukan pemberontakan. 



Dinasti Shui

Maharaja Yan Guang berjaya mematahkan pemberontakan oleh abangnya. Selepas itu, Maharaja Yan Guang mahu mengembalikan kegemilangan Negara China ketika di bawah pemerintahan Dinasti Han. Caranya ialah Maharaja Yan Guang harus menawan kembali wilayah-wilayah di bawah Dinasti Han dahulu yang sangat luas... antaranya ialah Kerajaan Melayu Champa dan Kerajaan Goguryeo di Semenanjung Korea yang telah jatuh. Kita tinggalkan kisah epik peperangan armada tentera Dinasti Sui bertempur dengan armada askar Bangsa Korea. Kita jelajah kisah yang lebih epik daripada itu... kisah bagaimana TEWASNYA sebuah empayar besar dari Timur kepada Bangsa Melayu. Empayar yang digeruni oleh seluruh bangsa di dunia pada ketika itu. Empayar China di bawah Dinasti Sui. 

Kerajaan Melayu Champa ialah antara kerajaan terawal yang pernah ditubuhkan oleh orang Melayu kalau ditelusuri jangka masa Sejarah Kontemporari. Dipercayai bahawa Kerajaan Champa berdiri pada abad pertama masihi, sama zaman dengan satu lagi kerajaan Melayu yang hilang, iaitu Funan. 

Antara pencapaian yang dapat dibanggakan oleh Kerajaan Champa ialah lambakan negara kota yang dibina oleh mereka dan penggunaan nombor kosong yang ratusan tahun lebih awal daripada bangsa-bangsa lain di dunia. Tidak banyak yang diketahui mengenai Kerajaan Champa ini. 

Kembali kepada cerita, Peperangan Sui-Champa ini bermula apabila Maharaja Yuan Guang mengarahkan Jeneral Perang mereka, Liu Feng untuk mengetuai tentera mereka menyerang orang Melayu Champa yang kerajaan mereka terletak di Selatan Vietnam pada hari ini, ketika orang Melayu masih lagi RULING CLASS di Indochina melalui dua kerajaan hebat mereka, Champa dan Funan. 

Dinasti Sui menghantar 10 000 tentera berjalan kaki, tentera berkuda, dan beberapa ribu lagi tentera lain dari bahagian yang berbeza yang dipimpin oleh tiga orang jeneral perang iaitu Ning Changzhen, Li Yun, and Qin Xiong. Liue Feng pula memimpin ribuan lagi armada laut China bersama pembantunya, Li Gang. 

Pada peringkat permulaan peperangan ini, Sui menunjukkan perkembangan positif dengan memenangi beberapa pertempuran kecil di Hutan Vietnam pada waktu itu. Namun, kebijaksanaan askar Champa pada waktu itu yang menggunakan kelebihan geografi bumi Vietnam membuatkan Askar Sui mengalami kesukaran untuk menewaskan Champa. 

Raja Champa dipercayai telah mengerahkan Tentera Bergajah dan Tentera Badak Sumbu untuk menghalau Sui kembali ke tanah air. Akhirnya, tentera Sui terpaksa lari ke tanah air mereka selepas dilanda wabak penyakit yang dasyat. Liu Feng dikatakan mati ketika perjalanan balik ke China. 

Raja Champa menggunakan kesempatan ini untuk meminta Maharaja China meminta maaf kepada mereka dan membuat perjanjian sempadan di antara wilayah mereka. Apa yang harus dibanggakan melalui peperangan ini ialah kehebatan orang melayu pada ketika itu menggunakan haiwan dalam peperangan terutama badak sumbu dan gajah sehingga mengejutkan tentera China. Bahkan, orang Melayu telah memanfaatkan strategi Tsun Zu dalam peperangan dengan memanfaatkan bentuk muka bumi. Ilmu perang orang Melayu pada waktu itu sudah setanding kuasa besar China

1 comment:

  1. sekarang orang melayu ramai yang jadi penagih dadah, mat rempit, penghidu gam, bohsia dan ramai yang mengandung anak luar nikah, dah beribu anak luar nikah bangsa melayu di tanah suci melayu ini. ini lah jadinya kerana hudud tidak mau dilaksanakan oleh pemerintah sekarang. saya mau jawaban.

    ReplyDelete